Happy Ponggal to all my friends, relatives, colleagues and patients.
Ponggal means many things to many people. To me, its a thanksgiving event. And it is also a day quite unlike Deepavali. The latter has grown more commercialised. Ponggal has not. You get less sms, no pressure of buying new this and new that + no pressure to visit 'sanak-saudara'. I finally spent some time with children and it was also nice to see my better half unwind and take a break from her punishing schedule (both at school as well as the homefront).
Women's health, obstetrics, gynaecology, obgyn, gyne, medicine, kesihatan wanita, sakitpuan, perbidanan, pakar wanita
Monday, January 17, 2011
Thursday, January 6, 2011
Ibu mengandung ..... Boleh Meninggal?
Proses mengandung dan melahirkan anak adalah satu transformasi yang indah. Saat terdengar sahaja tangisan si kecil, ramai ibu terlupa terus segala kesakitan, kesukaran dan penat-lelah yang diharungi. Namun, tidak semua proses bersalin berakhir dengan kesudahan manis.
"Maternal mortality" atau kematian ibu mengandung adalah perkara trajis yang boleh menimpa mana-mana wanita dari saat ia mula mengandung sehinggalah ke saat berakhirnya tempoh pantang. Dari segi perubatan, tempoh pantang adalah enam minggu atau empat puluh dua hari. Dari segi tradisi, tempoh ini berbeza-beza.
Semenjak zaman purba sehinggalah ke zaman terkini yang makin canggih, satu fakta menggerunkan masih berdiri nyata - seorang wanita boleh meninggal dunia semasa mengandung dan dalam pantang. Dengan perubahan zaman, kejadian ngeri ini telah dapat dikurangkan tetapi tidak dapat dielakkan seratus peratus.
Menurut sumber WHO (2005) (dengan kerjasama UNICEF dan Bank Dunia), nisbah kematian ibu untuk Malaysia adalah 62 per 100,000 kelahiran hidup. Angka ini dijangka lebih rendah sekiranya ditolak 'kes impot' di mana warga asing atau pendatang tanpa izin bersalin di negara ini dalam suasana tidak selamat (tiada jagaan antenatal, enggan bersalin di hospital, kelahiran disambut oleh bidan tidak terlatih, dsb). Nisbah purata MMR untuk Asia Tenggara adalah 300 per 100,000 manakala untuk benua Afrika pula adalah 820 per 100,000. Di seluruh dunia, adalah dianggarkan bahawa hampir setengah juta wanita meninggal setiap tahun akibat komplikasi yang berkait dengan proses mengandung dan kelahiran.
Punca kematian banyak bergantung kepada faktor sosioekonomi. Di negara ini, punca kematian di pusat-pusat rujukan (tertiary centres) telah menunjukkan pola perubahan yang jelas. Kematian akibat tumpah darah dan mengandung di luar rahim kini telah berkurang. Punca kematian di pusat-pusat rujukan kini menyamai situasi di negara membangun. Antara punca yang kian menarik perhatian orangramai adalah 'Amniotic Fluid Embolism' dan 'Pulmonary Embolism'.
Saya akan cuba menulis lanjut tentang kedua-dua keadaan ini bila masa mengizinkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)