Ramai wanita mempunyai tanggapan yang salah mengenai pil pencegah kehamilan atau pil perancang.
Berikut adalah 10 kebaikan pil tersebut:
1. Membantu mengurangkan jerawat & muka berminyak
2. Mengurangkan masalah segugut
3. Mengurangkan masalah PMS (Pre-Menstrual Syndrome) iaitu keadaan tidak selesa yang biasa dirasai beberapa hari sebelum kedatangan haid (kemurungan, perasaan 'berat', sakit payudara dsb)
4. Menolong mengaturkan kitar haid
5. Membantu mengelakkan haid lebat, sesuai untuk wanita yang memang mengalami masalah kekurangan darah (anemia)
6. Membantu mengurangkan pertumbuhan sista (ketumbuhan berair) di dalam ovari
7. Mengurangkan risiko barah ovari
8. Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
9. Membantu mengelakkan sakit ovulasi (mid-cycle pain) kerana ovulasi terhalang semasa seseorang itu menggunakan pil
10. Membantu mengurangkan lebihan hormon lelaki (androgen) dan seterusnya, mengawal pertumbuhan roma tebal pada muka, perut, peha dan betis
Tetapi, pil perancang bukanlah satu kaedah yang sesuai untuk semua wanita dan semua keadaan yang dinyatakan diatas. Anda perlu berbincang dengan seorang doktor yang bertauliah sebelum mula makan pil tersebut.
No comments:
Post a Comment