Sila amati senario ini:
Pn M, seorang wanita berumur 48 tahun, mengadu perut semakin buncit, haid makin lewat dan sering tidur tidak lena. Setelah pemeriksaan dan kaunseling menyeluruh pada bulan Mei 2010, Pn M telah diberi Hormone Therapy (HT). Ini mengambil kira aspek-aspek seperti:
a) Dia masih aktif bekerja dan memerlukan tenaga
b) HT dapat memelihara keutuhan alat kelamin dan membantu dalam hubungan kelamin
c) Dia tiada sejarah kanser payudara
d) Dia tidak menghidap penyakit jantung, darah tinggi atau diabetes
e) Dia tidak pernah mengalami masalah hati (liver disease) atau darah tersumbat (DVT)
f) Pengambilan HT dapat memulihkan edaran haid
g) Pengambilan HT juga dapat mengelakkan masalah perut kembung yang biasanya disebabkan migrasi (pemindahan) lemak dari anggota badan ke kawasan abdomen yang disebabkan oleh kekurangan hormon
h) Puan M sangat kurus dan berisiko tinggi untuk mengalami osteoporosis
Pn M kembali berjumpa saya hari ini. Keluhannya masih sama. Darah haid tidak datang-datang .... anda tahu kenapa? Kerana ada seorang kenalan beliau yang telah menasihatkan bahawa pengambilan HT boleh menyebabkan 'pelbagai masalah' (tapi si kawan tu pun tak sure amende 'masalah' yang dimaksudkan tu) di masa hadapan. Dan si kawan yang amat prihatin ni pun tak pernah mencuba HT sebelum ini.
Ha, akhirnya siapa yang rugi? Inilah akibatnya bila meminta nasihat orang yang tidak bertauliah. Saya pun kurang faham mengapa di dunia ini ada manusia yang suka memberi nasihat di luar bidangnya. Saya yang bertaraf doktor ni pun kadang-kadang enggan memberi pendapat apabila perkara yang diajukan itu di luar bidang saya (masalah tulang, mata dsbnya).
Dan sekarang bila Pn M datang dengan masalahnya yang masih tak selesai, si kawan yang memberi nasihat itu:
a) Tidak menanggung / menderita seperti Pn M
b) Tidak memberi sebarang pertolongan dari segi emosi mahupun kewangan
c) Langsung tidak sedar / insaf atas kesan/akibat nasihatnya itu
Harap dapat renungkan bersama.
No comments:
Post a Comment