Friday, June 6, 2008

PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)

PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik adalah satu penyakit yang telah lama diketahui oleh pakar-pakar sakitpuan. Namun, hanya dalam seabad yang lepas, penyelidikan berkaitan PCOS makin bertambah dan mula mungungkit minat pelbagai pihak.

European Society for Human Reproduction and Embryology (ESHRE) dan the American Society for Reproductive Medicine (ASRM) adalah antara organisasi yang telah lama cuba menyeragamkan diagnosa dan cuba mewujudkan garispanduan dalam perawatan wanita yang menghidap sindrom ini. Usaha mereka akhirnya berhasil di satu sidang kemuncak PCOS di Rotterdam pada tahun 2004.

Menurut 'kriteria Rotterdam' tersebut, seseorang wanita harus memiliki sekurang-kurangnya DUA dari TIGA ciri-ciri am PCOS iaitu:
1. Haid tidak teratur atau haid sering lewat (absent)
2. Hiperandrogenisma (keadaan di mana berlaku peningkatan hormon androgen, sejenis hormon kaum lelaki)
3. Ovari polisistik, iaitu, sekurang-kurangnya satu ovari mempunyai minima 12 telur (follikel) atau saiz ovari telah membesar

Namun, PCOS masih merupakan satu sindrom dan dengan itu, diagnosa PCOS tidak TERIKAT semata-mata kepada tiga kriteria yang disebut di atas.

Berikut adalah antara masalah lazim yang saya kenalpasti di kalangan wanita yang disyakki menghidap PCOS:
1. Pertambahan berat badan yang mendadak (sekurang-kurangnya 5%) .... sering berlaku walaupun wanita-wanita ini tidak mengalami pertambahan nafsu makan
2. Ahli keluarga atau diri sendiri menghidap penyakit Diabetes (kencing manis)
3. Peningkatan pertumbuhan bulu roma yang tidak menyenangkan - roma makin menebal, hitam dan menjadi kerinting. Mula tumbuh di bahagian-bahagian 'sensitif' seolah-olah ada pertumbuhan misai halus atau janggut
4. Central obesity - kaki dan tangan tampak 'slim' tetapi lemak berkumpul di kawasan dada, abdomen dan punggung maenyebabkan wanita tersebut hilang 'shape' (maaf, saya bukan menghina kaum wanita...)
5. Kurang subur. Mengandung pun, mudah gugur.

Rawatan PCOS biasanya merangkumi strategi-strategi seperti berikut:
1. Mengurangkan berat badan
2. Ubatan seperti metformin (yang sebenarnya adalah ubat kencing manis) dan pil perancang. Pelbagai jenis pil perancang boleh diguna. Ada diantaranya yang mengandungi ubat anti-androgen (anti hormon lelaki) iaitu 'cyperoterone acetate'. Contohnya adalah Diane 35 (dipasarkan oleh syarikat farmaseutikal Schering) dan Estelle (maaf, saya tidak tahu nama syarikat)
3. Rawatan kesuburan bagi wanita yang mengingingkannya
4. Rawatan jangka panjang, terutamanya dari segi risiko kencing manis, kolestrol tinggi, darah tinggi, penyakit jantung & barah rahim
5. Rawatan kosmetik - juga untuk golongan wanita yang menginginkannya

Jenis dan cara rawatan adalah bergantung kepada kehendak pesakit, indikasi perubatan dan pendapat doktor yang merawat.

Dari segi rawatan kesuburan, tidak semua wanita yang perlu rawatan secara ubat. Ada wanita yang bijak mengurus berat badan dan ini dengan sendirinya merangsang kesuburan. Dari segi perubatan, bantuan boleh diberi dari segi:
1. Ubat metformin
2. Pil subur (clomiphene citrate) atau Suntikan harian hormon (FSH)
3. Suntikan hCG untuk menggalakkan ovulasi
4. Kaedah laparoskopik (ovarian drilling) - untuk memperbetul ketidakseimbangan hormon di dalam ovari

Ada juga doktor yang menggunakan kaedah tambahan seperti pemanian beradas (IUI) atau persenyawaan tabung uji (IVF).

Namun, kejayaan rawatan tidak boleh diukur dari segi kadar kehamilan sahaja. Ini adalah kerana kadar KELAHIRAN adalah kurang dari kadar KEHAMILAN. Bukan semua janin dapat bertahan sehingga tempoh matang. Ada yang gugur. Ada yang lahir terlalu pramatang. Ini adalah suatu kelemahan semulajadi dalam kes-kes rawatan kesuburan, apakan lagi kes PCOS di mana telur (ovum) yang terhasil kadangkala tidak sihat dan tidak stabil.

Semasa menjalan rawatan kesuburan, doktor biasanya akan memanggil wanita itu untuk datang pada hari ke 9 atau ke 10 untuk 'follicle tracking'. Ini adalah satu proses pengesanan tumbesaran telur (ovum) dengan bantuan alat skan melalui faraj. Skan ini terpaksa dilakukan berulang-kali (biasanya 3 hingga 4 kali) untuk memahami kadar tumbesaran ovum. Apabila ovum telah mencapai peringkat matang, satu suntikan penggalak ovulasi (hCG) akan diberi.

Tidak semua wanita yang memerlukan skan sehingga 3 atau 4 kali. Ada kes di mana telur matang dengan cepat.

Begitu juga dengan suntikan hCG: doktor kadangkala membuat keputusan untuk tidak memberi suntikan ini, terutamanya dalam kes respons terlalu lemah ATAU respons terlalu kuat (terlalu banyak telur yang matang sekaligus)

Kemaskini Sept 2009: Suatu kertas kerja jawatankuasa saintifik RCOG telah menyarankan bahawa metformin BUKANlah suatu rawatan 'first-line' yang disyorkan untuk PCOS. Sila ambil perhatian dan jangan ambil ubat ini tanpa arahan doktor. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.rcog.org.uk/files/rcog-corp/uploaded-files/SAC13metformin-minorrevision.pdf

6 comments:

H0p3 *愿* said...

Dr Sara,I'm ur student in Sem 7. Glad that u post an article on PCOS. I remembered we discuss a bit on this during a session with u 2 weeks ago.

I have some doubts:
Have interviewed quite a no. of patients who actually having the symptoms of PCOS,and they proble they are facing is getting pregnant,one of the patient i meet actually need to go fertility clinic for help. Her menses were regular until she was 20 +,which out of sudden she gained weight and mentrual cycle become irregular. She had her 1st pregnancy after 5 months of medication for frtility,however,the baby was born very preterm(23 weeks) and coudn't make it. She also had GDM.
She mentioned that she was quite disappointed when she went back to fertility clinic sometime later after that,but she was told to loose weight first,she felt very helpless(as she just lost her child and she just could not control her weight gain) and thus default follow up at the fertility clinic.

My question is: what can i do to educate her?

She is currently gravida 3 parity 2 but with no child alive,32weeks of gestational week,currently under close monitoring as in-patient due to cervical incompetence.
She has asked me whether the cervical incpmpetence will be there forever, as in she will need cerclage for her future pregnancy. I wish not to give her wrong information. Please advise.
thank u dr sara.

Dr Saravanen Velu said...

Dear h0p3,

Thank you for your comment.

Before I deliberate further, let me remind you that your patient is carrying a precious pregnancy. She has high expectations of this pregnancy. She is in an emotionally vulnerable situation, willing to listen to anyone who can offer her hope. You may be drawn to this vulnerability but it is best that you avoid offering her advice as this case is complicated and you are still a student in obstetrics.

To address your concerns, I realize that she has at least three issues here:
1. Polycystic Ovarian Syndrome
2. Gestational Diabetes
3. Recurrent 2nd trimester pregnancy loss, probably due to cervical incompetence.

Long-term managament of PCOS is an essential part of patient education here. Though patient feels helpless, she must be made to understand that losing weight remains the key (not while she is pregnant though!). Studies have shown improvement in PCOS patients who exercise regularly, despite not being able to lose weight. In short, exercise helps regardless of patient's ability to lose weight.

You may visit RCOG website (www.rcog.org.uk) and look for Clinical Green Top Guidelines on PCOS for further info.

As you are in Semester 7, it is important for you to realize the association between PCOS and GDM. You will learn more about PCOS in Semester 9.

As per cervical circlage, I feel we should 'cross the bridge when we reach it'. It is definitely too late to subject her to circlage at this gestation. But I will choose to discuss this issue with her AFTER this pregnancy.

Unknown said...

hello dr sara , i'm a third year student currently in o&g posting . and i would like to know more about chorioamnionitis

Dr Saravanen Velu said...

Dear Raul, I suggest that you first go read some books and try to understand chorioamnionitis. I'd appreciate clinical questions, not factual ones.

Farrah Shafie said...

Hi Dr,

Saya sudah berkahwin 9 yrs tapi masih tiada anak. Sudah menjalani rawatan kesuburan dan mengalami sympton PCOS. Period saya sudah 6 bulan tidak ada. Bulu tangan saya semakin lebat dan kerinting... boleh bantu saya? Ubat apa yang saya perlu ambil?

Dr Saravanen Velu said...

Farrah, maaf kerana lewat balas.

Saya harap Farrah dapat berjumpa mana-mana pakar wanita yang bertauliah dan dapatkan penilaian profesional. Saya tidak dapat mengesyorkan sebarang ubat tanpa mengetahui latarbelakang pesakit.

Namun, Farrah terlebih dahulu perlu menjalani ujian hormon dalam darah (FSH, LH, Androgen studies, Prolactin, Estrogen, TSH) sebelum merangka pelan rawatan. Skan ultrasound, pengiraan indeks obesiti, bacaan tekanan darah dan saringan diabetes juga perlu dilakukan.

Rawatan kesuburan melibatkan pasangan suami isteri. Penilaian sperma suami juga digalakkan. Begitu juga dengan ujian tiub fallopio untuk anda.

t kasih